
Kelakuan manusia menerusi perbezaan darjat agama dipaparkan menerusi watak seorang ustaz muda, Ustaz Arman (lakonan Ismail Abd. Aziz) yang terlalu fanatik dengan ajaran islamnya sehingga sanggup menghukum kesalahan manusia lain menurut hawa nafsu syaitan ( Isma Yusoof memegang watak Syaitan yang berselindung dengan jubah putih), lantas memerangkapkan kehidupannya tanpa disedari. Apabila sedar, Ustaz Arman dan Veeda ditangkap berkhalwat dalam sebuah rumah. Apakah ia sebuah gambaran hebat secara sinis Shahrulezad terhadap perilaku seorang yang mengaku alim ulama, tetapi hakikatnya lagi teruk daripada apa yang berlaku dalam masyarakat islam sekarang.
Antara Garisan satu paparan yang amat menarik kerana ia memaparkan kepada kita tentang pergolakan kehidupan sesama manusia antara 'baik dan buruk'. Pembukaan pertama telefilem ini menunjukkan kedudukan antara dua watak yang berbeza iaitu watak Ayu (Norkhiriah) yang berada di tempat terhina iaitu maksiat manakala Ustaz Arman berada di darjat yang tertinggi iaitu kemuliaan mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pertemuan mereka adalah di hadapan sebuah surau di waktu subuh. Cuba perhatikan di akhir cerita ini ( di hadapan surau), kedudukan mereka telah berubah di mana Ustaz Arman berada di tahap yang terhina (ditangkap berkhalwat oleh masyarakat kampung) dan Ayu berada di mimbar surau dalam keadaan mulia (bertaubat dan menginsafi kesalahan yang dilakukan).
Namun begitu, apa yang cuba ingin di sampaikan oleh pengarah menerusi Antara Garisan ialah 'Jangan memandang hina terhadap orang lain walaupun ia melakukan kesalahan yang amat besar terhadap agama islam kerana hak untuk menentukan dosa dan pahala adalah daripada Allah S.W.T bukannya kita manusia ciptaan-Nya. Justeru, sebagai orang islam kita patut membimbing kesalahan orang tersebut ke jalan yang benar dan di redhai-Nya bukannya berperang, menyerbu rumah dan berpra-sangka buruk melihat kehidupan orang lain yang amat berbeza dengan kehidupan kita sebenarnya.'Wallahuallam.
Fantastiko bilang: Telemovie ni banyak kali ulang di astro (xpasti astro oasis ka prima ka astro ria tapi macam tiga-tiga pun ada). Mungkin apa yang berlaku dalam cerita ni memang berlaku dalam masyarakat kita. Perasaan diri lebih baik dari orang lain serta sesuka hati mengenakan hukuman terhadap orang yang dirasakan hina dan jijik memberi keinsafan dan peringatan kepada diri sendiri, kadang-kadang kita suka menghukum orang lain tanpa berfikir hanya Allah yang berhak menghukum hamba-hamba-Nya.Apabila kita merasakan diri lebih baik dari orang lain kita tidak sedar kita hanya dipisahkan oleh satu garisan yang halus, bila-bila masa sahaja kita boleh bertukar tempat ,sama ada tempat yang baik atau yang buruk.
No comments:
Post a Comment