Friday 18 November 2011

Karipap pusing-pusing

Resepi yang sudah lama mau buat tapi xpernah lagi dibuat. Cari punya cari ni resepi step by step akhirnya berjaya menemuinya. sama-sama kita belajar manatau rajin kan :)

Mungkinkah aku dipanggil pulang?

Pagi Ahad itu Qausar bangkit dalam keadaan yang amat ceria. tidak pernah sebelum ini dia merasakan kesihatan yang begitu bersemangat. Kesegaran tubuhnya amat meriangkannya.

Setiap pergerakannya dilakukan dengan pantas -  capai tuala, mandi, pakai baju seluar, sikat rambut, kemas katil dan apa sahaja rutin hariannya yang sebelum ini dilakukan longlai. Setelah siap di bilik, Qausar bergerak pantas ke dapur.
"Awal bangun Char?" teguran dari ibunya yang memanggil dengan panggilan manja.
Qausar mengangkat bahunya sebagai tanda isyarat tidak tahu.
"Selalunya hari minggu macam ni jam 11 tak masuk dapur lagi" ujar ibunya lagi.
"Tak taulah bu, tiba-tiba je badan Char ni bertenaga. Macam kena kejutan elektrik. Mungkin Char minum susu terlebih malam tadi kut" Qausar cuba mengandaikan.
"Minum susu terlebih ke, buan tabiat?" ibunya pula mengandaikan.
Qausar terdiam. Buang tabiat? Biasanya kalau digelar buang tabiat, orang tu akan mati "Eish, ibu ni. Janganlah cakap macam tu"
"Gurau je," balas ibunya.
Selepas bersarapan sandwic berinti sardin dengan teh '0' Qausar terus ke belakang rumah dan mencapai penyapu lalu disapunya daun-daun kering bertaburan. Terdetik dihatinya " Eh, tak pernah-pernah pula aku pegang penyapu sebelum ni, apa kena dengan dengan aku ni?" Kemudian teringat kata-kata ibunya - 'buang tabiat'. Sememangnya dia dapat merasakan kelainan pada dirinya yang tidak seperti selalu. "Mungkin aku nak mati" bisik hati kecilnya.
Lantas dia ke dapur dan bersalam dengan ibunya sambil tersesak menangis "Maafkan Char, bu.Maafkan semua kesalahan. Halalkan makan minum ye bu"
"Char tak ada salah apa-apa...kalau ada pun ibu dah maafkan. Dah...dah ibu nak pergi pasar ni" kata ibunya dan terus keluar ikut pintu dapur. Sebelum keluar, ibunya tersenyum kepadanya sambil berkata , "Jaga rumah ni , Char"
Qausar membalas senyuman dalam tangis. Apabila ibunya telah jauh , dia baru terfikir, "Kenapa ibu tak tanya sebab apa aku menangis?"
Satu jam selepas itu, setelah Qausar siap mengemas seluruh rumah, dia dikunjungi ketua kampung dan imam yang kemudiannya membawanya ke hospital untuk melihat ibunya yang pengsan akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke pasar.
Tiba di hospital, Qausar tidak sempat untuk mengucapkan kata-kata kepada ibunya kerana 10 minit sebelum itu ibunya menghembuskan nafas yang terakhir...

-Gen Q isu 3-

UMAR R.A berpesan......

  1. Ketawa banyak maka wibawanya sedikit.
  2. Kalo kita meremehkan orang pasti nanti akan diremehkan orang lain
  3. sesiapa yang memperbanyakkan sesuatu maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu
  4. Terlalu banyak bicara banyak pula dosanya hu..hu..
  5. Kalo sudah banyak dosa, sedikit pula rasa malunya (malu tu sebahagian daripada iman kan)
  6. Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya
  7. Sesiapa yang sedikit sifat waraknya maka hatinya pula akan mati ....huhu..lagi sadis 
Ya Allah bukakanlah jiwa ini kepada sesuatu yang lebih bermanfaat Amin

Friday 11 November 2011

Gunung si gunung

Gunung Kinabalu bila kan ku jejak puncak tertinggimu?Bilang sy sendiri-sendiri. Dari dulu pun angan-angan mat jenin jak kunu' mo p naik gunung dengan kawan-kawan. Setiap kali pun bincang and rancang mau naik gunung dengan kawan-kawan yang berlainan tapi last-last.......? Insyallah tahun depan (Yahuu.....( yahu kecil dulu )
Jauh mata memandang :)

Sunday 2 October 2011

5s

Na ha nilah aktiviti ni minggu tida terbalik kampung (mcm kc tunggang tebalik kampung pula bunyi dia tau)
5s punya gotong royong lah konon, adalah beberapa pieces untuk perkongsian sendiri-sendiri sebab sendiri-sendiri saja yang baca ni blog hihi
Kantoi kawan kita yang berbaju itam hihi
Kerja melekat-lekat



sental lagi tuan

hasil penat lelah aktiviti panjat-panjat

Inilah yang tidak pandai siap-siap hihi

Bukti semangat waja si baju itam

Tuesday 20 September 2011

Bersediakah aku ?

Post ni sangat menarik perhatian sbb mungkin ada kaitan dengan perasaan yang menjadi lumrah dalam life bujang (konon) saya ni :)  thanks to blog http://mawarsoleha.blogspot.com. Mohon share di blog saya yang serba kekurangan ini :)

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup hanya cintai ia dalam diam ...
kerna diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, Insyallah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Kisah Cinta

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
;
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu"

Monday 12 September 2011

Teeet..teeet

Ahai..ada juga yang tertrek blog yang sekadar ada ni tau hihi...kalau ada yang terserempak dengan blog ni janganlah lupa say hi..saya budak baru belajar kalau salah, sila tunjukkan wawawa

Saturday 10 September 2011

Tekaw-Tekew

Teka-teki ni pun sy copy paste-copy paste (teruk betul teda originality) jawab jangan tak jawab :)
  1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 
  2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di
  3. dunia? 
  4. Apakah yang paling besar di dunia? 
  5. Apakah yang paling berat di dunia? 
  6. Apakah yang paling ringan di dunia? 
  7. Apakah yang paling tajam di dunia?
Ni na ha jawapan dia:) (sengaja kasi gelap-gelap)
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :” Besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :’ Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.



Telemovie (cerita lama)



'Setiap hukuman di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T dan segala kebaikan serta keburukan umat manusia di muka bumi ini adalah cerminan realiti yang perlu dijadikan pedoman umat manusia seluruhnya', adalah ulasan ringkas yang boleh dikatakan menerusi "Antara Garisan", sebuah karya hebat Shahrulezad Mohameddin yang telah ditayangkan pada 5 September 2009 menerusi rangkaian Astro Ria. Telefilem istimewa Ramadan ini diterbitkan oleh Raduis One mengisahkan 2 watak hebat lakonan Norkhiriah (Ayu) dan Sharifah Armani (Veeda). Kedua-dua mereka merupakan adik beradik, tetapi berlainan kelakuan di mana Ayu merupakan seorang GRO yang bekerja di kelab-kelab malam manakala adiknya Veeda, merupakan muslimah sejati yang mempunyai perilaku yang baik budi pekertinya tetapi hanyut dengan godaan nafsu syaitan yang menyesatkan.

Kelakuan manusia menerusi perbezaan darjat agama dipaparkan menerusi watak seorang ustaz muda, Ustaz Arman (lakonan Ismail Abd. Aziz) yang terlalu fanatik dengan ajaran islamnya sehingga sanggup menghukum kesalahan manusia lain menurut hawa nafsu syaitan ( Isma Yusoof memegang watak Syaitan yang berselindung dengan jubah putih), lantas memerangkapkan kehidupannya tanpa disedari. Apabila sedar, Ustaz Arman dan Veeda ditangkap berkhalwat dalam sebuah rumah. Apakah ia sebuah gambaran hebat secara sinis Shahrulezad terhadap perilaku seorang yang mengaku alim ulama, tetapi hakikatnya lagi teruk daripada apa yang berlaku dalam masyarakat islam sekarang.



Antara Garisan satu paparan yang amat menarik kerana ia memaparkan kepada kita tentang pergolakan kehidupan sesama manusia antara 'baik dan buruk'. Pembukaan pertama telefilem ini menunjukkan kedudukan antara dua watak yang berbeza iaitu watak Ayu (Norkhiriah) yang berada di tempat terhina iaitu maksiat manakala Ustaz Arman berada di darjat yang tertinggi iaitu kemuliaan mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pertemuan mereka adalah di hadapan sebuah surau di waktu subuh. Cuba perhatikan di akhir cerita ini ( di hadapan surau), kedudukan mereka telah berubah di mana Ustaz Arman berada di tahap yang terhina (ditangkap berkhalwat oleh masyarakat kampung) dan Ayu berada di mimbar surau dalam keadaan mulia (bertaubat dan menginsafi kesalahan yang dilakukan).

Namun begitu, apa yang cuba ingin di sampaikan oleh pengarah menerusi Antara Garisan ialah 'Jangan memandang hina terhadap orang lain walaupun ia melakukan kesalahan yang amat besar terhadap agama islam kerana hak untuk menentukan dosa dan pahala adalah daripada Allah S.W.T bukannya kita manusia ciptaan-Nya. Justeru, sebagai orang islam kita patut membimbing kesalahan orang tersebut ke jalan yang benar dan di redhai-Nya bukannya berperang, menyerbu rumah dan berpra-sangka buruk melihat kehidupan orang lain yang amat berbeza dengan kehidupan kita sebenarnya.'Wallahuallam.



Fantastiko bilang: Telemovie ni banyak kali ulang di astro (xpasti astro oasis ka prima ka astro ria tapi macam tiga-tiga pun ada). Mungkin apa yang berlaku dalam cerita ni memang berlaku dalam masyarakat kita. Perasaan diri lebih baik dari orang lain serta sesuka hati mengenakan hukuman terhadap orang yang dirasakan hina dan jijik memberi keinsafan dan peringatan kepada diri sendiri, kadang-kadang kita suka menghukum orang lain tanpa berfikir hanya Allah yang berhak menghukum hamba-hamba-Nya.Apabila kita merasakan diri lebih baik dari orang lain kita tidak sedar kita hanya dipisahkan oleh satu garisan yang halus, bila-bila masa sahaja kita boleh bertukar tempat ,sama ada tempat yang baik atau yang buruk.